Bakri Agro H/p:013-9185413
hit counters

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, May 20, 2010

PERKEMBANGAN AYAM DAN ITIK

Ayam telah berusia 2 bulan namun berlaku sedikit masalah iaitu serangan penyakit sampar ayam yang sedikit sebanyak membantutkan pembesaran ayam. Akibat serangan penyakit ini juga beberapa ekor ayam telah menemui ajal sebelum sempat pisau sembilihan hinggap dileher. Beberapa minggu yang lepas juga kawasan reban ayam telah diceroboh oleh beberapa spesis haiwan pemangsa iaitu babi hutan, biawak dan ular tedung. Serangan hendap babi diwaktu malam telah menyebabkan seekor angsa betina dan 2 ekor itik telor telah terkorban. Selang beberapa hari selepas serangan babi muncul pula penyerang baru iaitu biawak yang dianggarkan panjang melebihi 1 meter dan ular tedung yang mencecah 2 meter panjang. Namun serangan kedua-dua haiwan pemangsa ini menemui kegagalan kerana ayam-ayam, itik dan angsa telah dikurung dalam reban kesan dari serangan terdahulu oleh babi hutan. Bagi mengembangkan lagi usahan penternakkan ayam di Bakriagro, pihak BakriAgro telah mencuba  ternakkan ayam daging dengan menambah 50 ekor anak ayam daging yang dipelihara secara berasingan dengan ayam-ayam lain.

Disini terdapat beberapa gambar yang diambil di BakriAgro kira-kira 3 minggu yang lepas. Gambar terkini akan di sertakan beberapa hari lagi.

Bagi perkembangan cendawan di BakriAgro, ia berjalan seperti biasa dengan penghasilan bongkah-bongkah cendawan baru sama ada bagi memenuhi tempahan bongkah oleh pengusaha-pengusaha lain atau pun untuk keperluan pengeluaran cendawan segar di BakriAgro sendiri.

 Kittu merupakan anak kepada kitty, kucing yang mengemari cendawan goreng.


Thursday, April 22, 2010

TERNAKAN AYAM DAN ITIK

Permulaan ternakan ayam dan itik di BakriAgro

Penternakan ayam dan itik adalah diperingkat percubaan di BakriAgro. Buat permulaan kami mencuba baka ayam kacuk sebanyak 45 ekor dan itik telur sebanyak 6 ekor. Baka ayam kacuk ini dijangka memerlukan masa antara 3-4 bulan bagi mencapai berat melebihi 2 kilogram (bergantung kepada pemakanan), manakala itik telur pula dijangka bertelur pada usia mencecah 4 bulan. Insyaallah sekiranya percubaan pertama ini berjaya, kami akan cuba menambah jumlah ternakkan bagi tujuan komersial. Kepada rakan-rakan penternak yang telah berpengalaman atau berjaya, tunjuk ajar, ulasan dan komen-komen dari anda amat dialualukan.

3 Ekor Angsa (Bakal pengawal di BakriAgro)