Bakri Agro H/p:013-9185413
hit counters

Monday, October 10, 2016

Monday, March 25, 2013

TEMPAHAN BONGKAH CENDAWAN DIBUKA

TAWARAN TEMPAHAN BONGKAH CENDAWAN BERBENIH KEMBALI DIBUKA KEPADA MEREKA-MEREKA YANG INGIN MENCEBURI BIDANG TANAMAN CENDAWAN
UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 013-9185413 (BAKRI)

Wednesday, January 30, 2013




 Brooder mini, sesuai untuk puyuh


 
Brooder





Tuesday, January 29, 2013


PUYUH / QUAIL / PUGO





Thursday, October 20, 2011

ITIK TELUR DI BAKRI AGRO






Dah lama ta update blog. Kini BakriAgro telah menternak itik telur disamping masih menjalankan aktiviti perusahan cendawan tiram kelabu.



 Jika ingin membeli telur masin atau telur segar boleh terus ke BakriAgro atau boleh juga didapati di Fuyooo Steam Burger yang terletak di hadapan Pasaraya Tunas Manja Maran, Pahang diantara jam 3.30 petang hingga 10.30 malam.

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, May 20, 2010

PERKEMBANGAN AYAM DAN ITIK

Ayam telah berusia 2 bulan namun berlaku sedikit masalah iaitu serangan penyakit sampar ayam yang sedikit sebanyak membantutkan pembesaran ayam. Akibat serangan penyakit ini juga beberapa ekor ayam telah menemui ajal sebelum sempat pisau sembilihan hinggap dileher. Beberapa minggu yang lepas juga kawasan reban ayam telah diceroboh oleh beberapa spesis haiwan pemangsa iaitu babi hutan, biawak dan ular tedung. Serangan hendap babi diwaktu malam telah menyebabkan seekor angsa betina dan 2 ekor itik telor telah terkorban. Selang beberapa hari selepas serangan babi muncul pula penyerang baru iaitu biawak yang dianggarkan panjang melebihi 1 meter dan ular tedung yang mencecah 2 meter panjang. Namun serangan kedua-dua haiwan pemangsa ini menemui kegagalan kerana ayam-ayam, itik dan angsa telah dikurung dalam reban kesan dari serangan terdahulu oleh babi hutan. Bagi mengembangkan lagi usahan penternakkan ayam di Bakriagro, pihak BakriAgro telah mencuba  ternakkan ayam daging dengan menambah 50 ekor anak ayam daging yang dipelihara secara berasingan dengan ayam-ayam lain.

Disini terdapat beberapa gambar yang diambil di BakriAgro kira-kira 3 minggu yang lepas. Gambar terkini akan di sertakan beberapa hari lagi.

Bagi perkembangan cendawan di BakriAgro, ia berjalan seperti biasa dengan penghasilan bongkah-bongkah cendawan baru sama ada bagi memenuhi tempahan bongkah oleh pengusaha-pengusaha lain atau pun untuk keperluan pengeluaran cendawan segar di BakriAgro sendiri.

 Kittu merupakan anak kepada kitty, kucing yang mengemari cendawan goreng.


Thursday, April 22, 2010

TERNAKAN AYAM DAN ITIK

Permulaan ternakan ayam dan itik di BakriAgro

Penternakan ayam dan itik adalah diperingkat percubaan di BakriAgro. Buat permulaan kami mencuba baka ayam kacuk sebanyak 45 ekor dan itik telur sebanyak 6 ekor. Baka ayam kacuk ini dijangka memerlukan masa antara 3-4 bulan bagi mencapai berat melebihi 2 kilogram (bergantung kepada pemakanan), manakala itik telur pula dijangka bertelur pada usia mencecah 4 bulan. Insyaallah sekiranya percubaan pertama ini berjaya, kami akan cuba menambah jumlah ternakkan bagi tujuan komersial. Kepada rakan-rakan penternak yang telah berpengalaman atau berjaya, tunjuk ajar, ulasan dan komen-komen dari anda amat dialualukan.

3 Ekor Angsa (Bakal pengawal di BakriAgro)

Wednesday, December 16, 2009

PERUBATAN DAN KESIHATAN

Pleurotus ostreatus (Oyster mushroom "Cendawan Tiram")

Pleurotus ostreatus
The Oyster mushroom (Hiratake, píng gū, 平菇) is a natural source of the statin drug Lovastatin[3] (brand name: Mevacor, Altoprev), a drug used to lower cholesterol. Tests have shown the oyster mushroom contains up to 2.8% Lovastatin on a dry weight basis.[127] Animal research has demonstrated that oyster mushroom consumption lowers cholesterol levels.[128][129][130][131][132][133][134][135][136][137][138][139][140][141] Research has also shown the oyster mushroom has anti-cancer properties. In vitro research has shown oyster mushrooms can reduce the growth of human breast and colon cancer cells.[142] An in vivo experiment showed a beta-glucan isolated from the mushroom reduced colon cancer growths and increased antioxidant activities in rats.[143] An in vivo experiment, demonstrated the mushroom's anti-cancer activity in rats with 1,2-dimethylhydrazine induced cancer.[144]


From Wikipedia, the free encyclopedia

Tuesday, December 15, 2009

FOTO TERKINI DI BAKRI AGRO

TANAMAN KOBIS

LIMAU NIPIS
Antara beberapa batang pokok limau nipis yang telah mengeluarkan hasil walaupun baru 2 bulan ditanam. Ini berpunca dari dahan yang ditut telah matang dan sedia untuk mengeluarkan hasil.

Limau Nipis di tanam diatas sebahagian tanah seluas 1 ekar dengan jumlah tanaman 60 pokok



Monday, August 10, 2009

Tanaman cili fertigasi

Felda Bukit Tajau mengalakan penanaman cili kampung, untuk menjayakan projek ini felda memberi 20 beg tanah berbaja dan anak pokok cili. Digalakkan pokok cili ini diletak di halaman rumah dan di campur dengan pokok hiasan lain. Felda mengalakkan konsep "Edibel Garden",
ianya merupakan satu konsep ‘ taman yang mengunakan tanaman yang boleh dimakan’. Dalam erti kata senang, taman sayur/buah.Memang menarik sekali konsep ‘edible garden’ untuk diaplikasikan di rumah-rumah.. Ianya menggunakan ruang yang minimum.. Malahan yang bestnya ianya boleh dibawa makan..Itu sebabnya kalau sebelum ini landskap rumah yang sering dihiasi dengan bunga-bungaan boleh ditukar ke landskap sayur-sayuran.. Kalau nak diikutkan memang rumah saya ni ada ditanam beberapa tanaman seperti ’saderi’, ‘daun bawang’, ‘cili’, ‘bendi’ dan beberapa lagi..Memang ianya sedikit sebanyak membantu dari segi penjimatan bahan-bahan masakan di dapur..



Untuk menjayakan lagi projek ini saya telah menambah lg pokok cili, dan menanam secara fertigasi. Hasil yang di perolehi felda akan membeli balik cili ini.



projek cili fertigasi yang belum siap sepenuhnya

Wednesday, August 5, 2009

KURSUS DI BAKRI AGRO


Kursus penanaman cendawan tiram kelabu di Bakri Agro

kursus tidak hanya pada hujung minggu,

tarikh dan tempoh kursus adalah bergantung kepada kelapangan anda

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 013-9185413

Tuesday, August 4, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Gambar terbaru di Bakri Agro


Berikut adalah foto terkini di Bakri Agro

Tanaman kobis, cili dan tomato

Sebahagian tanaman terong dan jagung

Sebahagian tanaman lada, berminat boleh beli beg yang sudah berbunga atau berbuah.
Harga boleh runding.

bongkah cendawan yang berusia 1 bulan ke 1 setengah bulan yang sudah mengeluarkan hasil

Thursday, February 26, 2009

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

Kami di bakri agro sedia menerima tempahan beg media cendawan siap berbenih sehingga melebihi 10 ribu beg sebulan.
Harga yang ditawarkan RM1.20/beg .
Turut menerima tempahan cendawan segar pada
harga RM8-RM10 / kilo bergantung pada kuantiti

Sunday, February 22, 2009

Pembinaan Bangsal

bangsal baru yang sudah siap, hanya sedikit kerja-kerja infrastruktur
yang masih dalam proses pembinaan.
dapur kukus yang sentiasa mengalami proses ubah suai dan penambahbaikan.
bangsal pembungkusan dan stok (80% siap)




Kerja-kerja pembinaan bangsal baru fasa 1 melibatkan 1 buah bangsal beserta kelengkapan serta penambahan bangsal pembungkusan dan stok.



Pekerja contoh 2008
Calon pekerja contoh 2009







Thursday, January 22, 2009

Menjelang 2009

Dah lama tak update blog ni. Buat masa ni bakri agro dalam proses pengstrukturan semula termasuk menaik taraf bangsal cendawan sediada dan menambah unit bangsal baru.

Wednesday, September 24, 2008



Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang ucapan ini.
Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
mohon maaf zahir dan batin....

Thursday, March 20, 2008

BAKRI AGRO di Berita Harian




Bekas mekanik kini pengusaha cendawan
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
JAGA MUTU: Ahmad Bakri memeriksa cendawan yang diusahakan di Felda Bukit Tajau.


Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani Bumiputera

MARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru. Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.
Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik. Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan. Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000.

TURUT BANTU: Ibu Ahmad Bakri menunjukkan serbuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian ke dalam bongkah cendawan.

"Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga. "Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya. Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran. Kini, syarikatnya, ABS Bakri Enterprise adalah pengeluar cendawan tiram kelabu yang aktif membekalkan cendawan segar dan bungkah benih cendawan kepada penduduk setempat, pembekal dari luar daerah dan sekitar Maran terutama peniaga kedai makan dan restoran.


BEKERJASAMA: Ahmad Bakri dan Norsailah mengisi benih mengikut sukatan ke dalam bongkah untuk dibiakkan di rumah cendawan.

Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja. "Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa. "Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya. Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus. Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan. "Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal. "Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya. Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya. "Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya. Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat. Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan. "Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet. Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan. Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.