Bakri Agro H/p:013-9185413
hit counters

Thursday, March 20, 2008

BAKRI AGRO di Berita Harian




Bekas mekanik kini pengusaha cendawan
Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani
JAGA MUTU: Ahmad Bakri memeriksa cendawan yang diusahakan di Felda Bukit Tajau.


Ahmad Bakri sambut seruan kerajaan tambah bilangan usahawan tani Bumiputera

MARAN: Kemampuan Bumiputera dalam sektor pertanian komersial bukan sesuatu yang baru. Bilangan mereka yang semakin bertambah membuktikan usaha gigih itu mampu menghasilkan pendapatan lumayan jika dilakukan bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, jumlah mereka yang terbabit dalam industri tanaman cendawan masih kurang menyebabkan seorang bekas mekanik, Ahmad Bakri Ishak, 30, berhasrat mendalami bidang itu secara lebih serius.
Ahmad Bakri berkata, sepanjang terbabit dalam sektor itu tiga tahun lalu, beliau menyedari bahawa pertanian memberi lebih keuntungan jika diusahakan secara lebih praktikal dan bersistematik. Bersama isteri, Norsailah Mohd Alias, 27, beliau memulakan projek tanaman cendawan di belakang rumah ibunya, Asiah Abdullah, di Felda Bukit Tajau, Maran, selepas melihat dan mengkaji nilai komersial tanaman itu di pasaran tempatan. Tanpa sebarang kursus dan latihan asas mengenai proses penanaman dan penghasilan cendawan, beliau membuat keputusan membina sebuah rumah cendawan sebagai permulaan dan membeli bahan mentah iaitu habuk kayu getah, dedak ayam halus, kapur pertanian dan mesin pengisar habuk dengan modal permulaan RM4,000.

TURUT BANTU: Ibu Ahmad Bakri menunjukkan serbuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian ke dalam bongkah cendawan.

"Lawatan ke beberapa ladang cendawan di Triang dan Balok berjaya membuka minda saya untuk memulakan perniagaan ini selepas mendapat nasihat pengusaha itu sendiri selain dorongan keluarga. "Walaupun pada peringkat awal projek, saya hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM600 sebulan, ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskannya kerana yakin `pertanian adalah perniagaan," katanya. Ahmad Bakri berjaya meningkatkan pendapatannya kepada RM3,000 sebulan dan mula membuat simpanan untuk membina dua lagi rumah cendawan bagi menampung permintaan pasaran. Kini, syarikatnya, ABS Bakri Enterprise adalah pengeluar cendawan tiram kelabu yang aktif membekalkan cendawan segar dan bungkah benih cendawan kepada penduduk setempat, pembekal dari luar daerah dan sekitar Maran terutama peniaga kedai makan dan restoran.


BEKERJASAMA: Ahmad Bakri dan Norsailah mengisi benih mengikut sukatan ke dalam bongkah untuk dibiakkan di rumah cendawan.

Beliau berkata, walaupun permintaan semakin meningkat, pihaknya tidak dapat memenuhinya berikutan kekurangan bahan mentah dan pekerja. "Ada ketikanya, bekalan benih cendawan kehabisan dan saya terpaksa pergi ke ladang cendawan di Triang untuk mendapatnya dalam kuantiti yang besar, selain membeli habuk kayu getah sehingga 10 tan pada satu-satu masa. "Benih cendawan dibeli RM5 bagi setiap botol dan boleh diisi dalam 30 bungkah, manakala habuk kayu yang dibeli berharga RM400 bagi setiap 10 tan boleh menghasilkan antara 20,000 hingga 25,000 bungkah," katanya. Ahmad Bakri memperuntukkan sebahagian besar masanya meneliti bungkah cendawan bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak dicemari bakteria atau kuman, selain ancaman tikus. Beliau berkata, penjagaan rapi dan penetapan masa penting bagi memastikan kadar pertumbuhannya selari dengan tempoh ditetapkan iaitu antara 40 dan 50 hari bagi kutipan hasil setiap satu pusingan. "Saya menggunakan modal sendiri menjalankan kegiatan ini kerana tidak mahu dibebani hutang seandainya projek ini gagal. "Sekarang, saya memiliki sebuah rumah cendawan berukuran 14 x 16 kaki yang boleh memuatkan sehingga 5,000 bungkah cendawan dalam satu masa, sebuah bilik penyediaan bungkah cendawan dan sebuah bekas untuk mengewap bungkah," katanya. Ahmad Bakri berkata, beliau mampu menjual antara 4,000 hingga 5,000 bungkah cendawan sebulan dan permintaan terus meningkat berikutan orang ramai mula didedahkan dengan kebaikan dan khasiatnya. "Saya juga membekalkan cendawan segar pada harga RM10 sekilogram, manakala RM1 dan RM1.20 bagi setiap bungkah cendawan," katanya. Menurutnya, proses pembiakan cendawan tiram kelabu tidak sukar kerana ia memerlukan suhu lembap sekitar 27 darjah celsius dan 90 peratus kegelapan bilik yang sentiasa bertutup untuk membiak cepat dan sihat. Selain itu, lantai rumah cendawan perlu disiram antara satu dan dua kali sehari bagi melembapkan suhu dalam rumah cendawan berkenaan. "Jika terdedah pada kepanasan matahari, cendawan akan menjadi kecut menyebabkan kualitinya merosot. "Selain itu, bungkah cendawan juga akan rosak jika terkena air dan alah kepada bauan seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya," katanya yang turut mendapatkan maklumat mengenai tanaman cendawan menerusi internet. Ahmad Bakri berkata, berdasarkan potensi pasaran cendawan, pihaknya sedia membantu mana-mana usahawan yang mahu terbabit dalam sektor itu walaupun diusahakan secara kecil-kecilan. "Kita perlu menyahut seruan kerajaan supaya terbabit dalam sektor pertanian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan. Berdasarkan pengalaman, saya sedia menyalurkan ilmu kepada sesiapa yang berminat, sekali gus pembabitan mereka kelak dapat menampung permintaan cendawan yang semakin meningkat," katanya.

Sunday, December 9, 2007

Masalah serangan tikus dan kawan seangkatan tikus




Assalamualaikom... dah lama tak update blog ni.. cerita terbaru tetang tanaman cendawan saya iaitu serangan tikus dan serangga2 yang datang bersama tikus. Masalah ni agak kronik sebab hari2 tikus ni serang tak kurang dari 5 dan 1 atau 2 dari beg cendawan total lost sebab bongkah habis hancusss berkecai. Tapi yang hairan sampai skang kelibat tikus ni tak pernah nampak yg ada tahinya aje itu pun selapas hampir 2 minggu kene serang dan selepas mcm2 spesis binatang dituduh sebagai punca hingga lah pada satu mlm apabila kajian terhadap barang bukti menunjukkan sah tikus. Tapi lebih mengecewakan tikus ni edukated punya tikus, pasang perangkap 4 sangkar, getah tikus 1 tin di letak hampir keseluruhan laluan masuk dan racun power aka biskut pun tak berjaya menghapuskan tikus ni, yang saya geram sngt ni bukan apa dia ni mcm saja dengki, dia gigit sikit lepas tu blah yang datang geng 404 dengan siap crew penerbangan sukoi habis serangga ni kerjakan mcm alian. Bila angkat beg pada waktu mlm satu platun keluar , tp siang hari nak cari jejak pun susah yg ada hanyalah kenangan..... tension ikut hati nak bakar aje satu bangsal









baru beberapa minit ditebuk tikus tp dah berpuluh2 dan mungkin ratusan serangga aka kumbang aka ulat dan tah apa2 lg spesis.




Operasi Black Hawk down di malam hari bagi mengesan dan merancang
teknik penghapusan musuh no1 Cendawan.




Thursday, November 1, 2007

Laporan semasa

Bangsal cendawan.

Bongkah cendawan yang telah siap dikukus dan tunggu untuk di masukkan benih.





Bongkah cendawan bagi musim kedua yang baru di masukkan ke rak. Baru 20-30 hari di peram. Pertumbuhan masilium agak lembab sebab bongkah agak padat dan dijangka mampu mengeluarkan hasil hingga 4 bulan



Tapak bangsal baru yang akan dibangunkan.


Tuesday, October 30, 2007

hasil tak sabar nak keluar

Pada hari ahad yang lepas beberapa beg cendawan yang belum pun mencecah 30 hari telah mengeluarkan hasil terutamanya cendawan tiram putih yang hampir 40% telah mula menunjukan tanda mengeluarkan hasil. Walaupun penah terjadi hasil dari cendawan tiram kelabu keluar dalam masa 1 minggu tapi itu mungkin secara kebetulan dan 1 dalam 1 juta mungkin, tapi sejak ahad lalu hingga hari ini 31/10/07 beberapa beg yang rata baru di masukan benih antara 20-30 hari mula mengeluarkan hasil pertama.




cendawan tiram kelabu yang mula mengeluarkan hasil sejak hari ahad lepas walaupun jumlah masilium yang terdapat pada beg hanya antara 40%-60%


cendawan tiram putih yang turut mengeluarkan hasilnya sejak beberapa hari lalu.

Thursday, October 25, 2007

Cendawan oh Cendawan




Buat masa ini saya masih lagi menumpukan bidang pertanian ini kepada perusahaan cendawan.
Disebabkan kekurangan tenaga kerja maka penghasilan bongkah cendawan sekarang hanya pada kadar 300-500 beg sahaja satu hari. Bagi menampung permintaan serta jangkaan hasil tuaian pada masa akan datang saya sedang dalam proses untuk membina beberapa buah bangsal cendawan lagi. Cendawan yang dihasilkan pada masa ini hanyalah cendawan tiram kelabu dan tiram putih, namun keutamaan pengeluaran lebih menumpukan pada cendawan tiram kelabu disebabkan oleh faktor permintaan dan ketahan untuk pasaran.



tempat pembungkusan bongkah cendawan.







Tempat kukus yang boleh memuatkan 300 bongkah bagi 1 kali kukusan. tempoh kukus antara 7-10jam pada suhu 90C-100C

Wednesday, October 24, 2007

BAKRI AGRO

Bakri Agro merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan sektor pertanian dan penternakan.